♥ BICARA CINTA ♥


adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di krongkong. itu bukan cinta, itu SUKA.

adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya ? itu bukan cinta, itu NAFSU.

adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana ? itu bukan cinta, itu KESEPIAN.

adakah kita mencintainya kerana itulah yg diinginkn semua orang ? itu bukan cinta  itu KESETIAAN.

adakah kita tetap mengatakan yg kita mencintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya ? itu bukan cinta, itu BELAS KASIHAN .

adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita terpikat ? itu bukan cinta, itu TERGILA-GILA .

adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita telah berhutang budi kepadanya ? itu bukan cinta, itu PERSAHABATAN .

adakah kita mengatakan kepadanya bahawa setiap hari hanya dia yg kita fikirkan ? itu bukan cinta, itu DUSTA .

adakah kita rela memberikan semua hal yg kita senangi untuk kepentingan dirinya ? itu bukan cinta, itu KEMURAHAN HATI .

tetapi , adakah kita tetap bertahan kerana diantara kesedihan dan kegembiraan, penderitaan dan kebahagiaan yg membutakan dan sukar difahami walau berjuta penyair mencari maknanya, menarik kita mendekati dan tetap bersamanya ? ITULAH CINTA.

adakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya ? jika demikian, ITULAH CINTA .

adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan ?  jika demikian, ITULAH CINTA .

adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat ? ITULAH CINTA.

adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih ? ITULAH CINTA.

adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia ? ITULAH CINTA.

adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk ? ITULAH CINTA